janji ditepati
okay mulai hari ini, aku berjanji untuk selalu selalu update blog ini. dan kalau tuah badan tak lari ke mana, aku berjanji untuk rajin rajin membalas komen daripada kau orang (sekiranya ada)
nasib baik la aku ada apps untuk update blog secara bergaya melalui telefon pintar aku ni. kau orang ade?
tiga hari sekali
perbuatan mencuci suor jeans setiap tiga hari sekali adalah sejenis perbuatan yang sungguh tidak bujang langsung. di samping itu, perbuatan ini turut membazirkan penggunaan air.
sekian penjelasan saya berhubung tabiat mencuci suor jeans di kalangan orang bujang yang biasanya berlangsung pada kekerapan dua ke tiga bulan sekali.
masalah
sebenarnya, sebesar besar masalah dalam dunia adalah bekerja dengan manusia yang kerjanya tak habis habis lari dari masalah.
masalah besar.
tidak ada kaitan langsung dengan gua
"jodoh kalau kita rancang bagai nak rak pun, belum tentu kesampaian. sebab yang menentukan bukan kerja kita, tapi Allah. Allah saja yang tahu"
dipetik dari perbualan sewaktu petang raya di sebuah kampung baru baru ini. dialog yang sama mungkin berulang lagi tahun depan kalau Allah tentukan begitu.
tutorial tatabahasa
supraya
buy buy buy
haa wenger lu tunggu apa lagi? bila nak beli Kaka, Hazard apa semua ni? cepat la, transfer windows tinggal berapa hari je lagi tu.
sementara itu, gua boleh cover muka lagi. tapi kalau nak kena cover sampai hujung musim, memang tak dapat la pakcik!