tutorial tatabahasa


hari ini, gua nak ajar lu orang pasal tatabahasa melayu. subjek utama perbincangan kita hari ini adalah, kata penegas.

kata penegas ni, selalu kita guna dalam kehidupan seharian. lu orang je yang kadang kadang tak sedar, ataupun tak tahu kata penegas ni apa benda. biasanya, kita guna kata penegas ni untuk memberi penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. dan yang lu orang tak tahu juga, kata penegas ni kadang kadang kalau disalahguna boleh menyebabkan ayat kita jadi macam ayat berlagak. contoh kata penegas yang kita selalu guna dalam kehidupan seharian adalah -kah, -lah, juga, jer, memang dan pun.


apa?! lu orang tak percaya?! serius tak percaya?! betul nih?! okay, meh sini gua jelaskan dalam bentuk dialog bagi lu orang faham dengan lebih terang.

Pakcik X: berapa ribu kau beli motor tu?
Budak Y: alah, tak mahal pun. rm33 ribu jer

haa, kalau tak percaya jugak, tak tahulah gua.

0 komplen: