mungkin boleh membuatkan korang berfikir

Aku dulu kan masa sekolah dulu tak penah pon letak cita-cita nak jadi fotografer, blogger, pakar it mahupun ahlil politik. Tapi sekarang korang tengok la apa dah jadi..alih-alih benda-benda aku tulis ni pulak yang jadik interest bagi aku. Alah korang ni, korang tau kan kad kaler kuning yang cikgu kau bagi masa sekolah rendah dulu... yang korang kena listkan tiga top cita-cita kau..itupun kalau betul la kau ada tiga cita-cita setahun kan? Satu tahun ada tiga kotak cita-cita. Enam tahun sekolah maknanya kau kena ada 18 cita-cita sebelum kau masuk Form 1. antara cita-cita yang ada dalam list aku masa tu adalah arkitek, peguam dan paling up sekali dalam ranking adalah nak jadi doktor. Alhamdulillah aku berotak normal so semua cita-cita aku logik dan masuk akal. Tak lah macam budak sebelah meja aku ada ke tulis cita-cita nak jadi Flashman?!! Dulu tu memanglah Flashman tengah up tapi aku tak paham macam mana sampai ke sekolah pon dia boleh sibuk nak tanam cita-cita macam tu juga. Aku selalu intai-intai juga, kadang-kadang dia ada lukis lambang Flashman la, robot Flashman la kat belakang buku latihan dia. Katun sungguh budak tu! Bangang pun ada juga.

Photobucket

Minah ni mungkin cita-cita dia nak jadi askar atau polis rasanya!

Aku tak tau la cikgu korang macam mana kan tapi cikgu aku dulu paling pantang dengan budak-budak yang suka ulang-ulang tulis cita-cita. Budak yang ulang-ulang tulis konfem kena sebat kat bontot punya. Gila la cikgu tu. Tapi aku tak sampai hati nak tulis nama dia memandangkan sebab dia aku berjaya dapat 4A dalam UPSR aku dulu..haha up kan aku? Pada kau orang yang pernah bercita-cita nak jadi macam-macam masa kecik dulu tak kira la nak jadi apa pun, harap kau orang berjaya. Tak pernah terlambat rasanya kalau kau orang nak jadi Gaban pun asalkan kau tak menyusahkan masyarakat sekeliling. Sekian entri bermoral dari aku. Aie Thoiron Ababil's Facebook profile

4 komplen:

AiE bAhRi said...

mungkin betul la ita2 minat tu nk jadi askar atau polis..

tapi sorang kawan aku lg hebat, masa darjah 3 cikgu suruh listkan apa cita2, kawan aku boleh tulis komunis..ketiga2 ruang plak tu tulis komunis..hahahaha

meego said...

aku bercita2 nak bercinta... tapi sampai skang aku tak kawen2 lagi... apsal ek?! hahaha

tukangbuatsushi said...

dlu mse skolah aku xpenah tulis nk jd cikgu pon...
mmg xpernah terlintas nk jd cikgu...
mmg aku xnk...
last2 masuk blaja jd cikgu gak...
dh final year dh pn...
huhuhu

enciksani said...

cita cita oh cita..hmmhope jadi manusia yang bahagiaa..hmm entry sepi ehehe http://enciksani.wordpress.com update2 uhuu