cuba baca sambil bersiul lagu situasi dendangan bunkface ya!

sebelum lu orang terus membaca, gua nak bagi satu situasi. bagi buat nampak realiti situasi yang gua nak bagi ni, gua nak lu orang bayangkan diri lu orang berada dalam tapak kasut gua. bayangan tu mesti penuh feeling, seolah-olah lu orang adalah gua dan gua adalah lu orang.

okay, sekarang lu orang bayangkan lu orang baru balik dating atau balik shopping sakan atau mungkin bagi certain orang, baru pulang dari mengorat awek siam yang kerja di kedai makan. mesti sweet-sweet saja perasaan sepanjang perjalanan balik itu kan? macam mana pun dalam perjalanan lu orang cuba bayangkan perut lu orang memulas. mula-mula sikit saja, tapi lama-lama menyebabkan kerut di dahi ketara.

lepas tu cuba pula lu orang bayangkan rasa memulas tu sampai ke tahap melampau seolah-olah macam penghuni kat dalam dah main cak-cak di pintu. bayangkan sekali keadaan ni seolah-olah lu sedang memandu di jalan berlubang-lubang dan berlopak teruk. gegaran dan dentumannya dah tentu melambung-lambung isi perut kan?

okay sekarang dah sampai di rumah mesti rasa lega sikit kan? tapi cuba tambah sikit rasa bengang bila lu sedar yang kunci tertinggal di dalam rumah dan dalam rumah tu takda orang. ya, tak ada orang. rasa memulas masih ada, kadang-kadang mencucuk kan? masa ni mesti la otak lu orang berfikir dengan pantas macam askar dalam hutan kan?

sekarang lu bayangkan pula telefon bateri flatout dan option untuk minta bantuan pihak ketiga tak ada. so lu orang bergegas pula masuk semula dalam kereta dan memecut ke kedai mamak berhampiran atau mana-mana kedai runcit yang ada menawarkan perkhidmatan tandas kecemasan.

wahh, dah nampak tandas, mesti seronok kan? dah nampak jamban, mesti la terus mencangkung kan? kalau dalam bayangan lu orang yang keluar tu tandas duduk, duduklah. jangan pula nak jadi rambo mencangkung atas mangkuk seramik kang kalau pecah sapa nak jawab?

gua percaya dalam dua ke tiga saat mesti dah setel dah hajat lu orang kan? ye lah tuan rumah dah hai-hai dari kat dalam kereta tadi. gua pun boleh bayangkan perasaannya macam mana. tak apalah, perit-perit pun, janji hajat dah kesampaian.

scene terakhir gua nak bagi ni...cuba bayangkan tiba-tiba dalam toilet tu tak ada kepala paip mahupun paip getah terjulur dari mana-mana lubang tatkala mulut lu orang dah ukir senyuman dah bersedia untuk membuat konklusi. dan lu orang perasan situasi ni bila nasi sudah menjadi bubur atau bila perahu sudah terlajak atau bila sudah terlepas flight ke australia atau amerika.

cuba bayangkan perasaan lu masa tu...

*adaptasi dari kisah benar ni!

5 komplen:

FarEast said...

kering dah air liur aku bersiul ... hahahah ... kisah benar? biar betik ... hehe

khairilmustafa said...

hahaha

giler laa

terbaik!

err

ecah kate hang balik kampong time tuh

cak said...

kisah benar paling sadis nih. err..ke ko sendiri pelakon utamanya bro??

>>xdan nk ajak sesapa bro time tu. asalnya nk gi tmpt lain tp tersinggah kt situ plk..huhu.

ichi said...

hahah.sangat sadis.pernah ada pengalaman mcm ni dalam bas ekspres tengah2 hutan belantara menuju kampung halaman di kelantan.

Perambat said...

sadis dan tragis..

kalau panas..leh berbogel ditempat awam ke?