Kronologi kisah gua kali ni patut bermula 3 tahun sudah tapi gua malas la pula nak flashback jauh-jauh buat habis bateri saja. Gua pendekkan cerita ke current time di mana tayar kereta gua pecah masa balik kerja hari tu.
Oh, gua rasa takda orang dajal walaupun tayar gua pecah macam kena hiris. Gua 100% yakin tayar tu hancur sebab kedegilan gua dari tiga tahun lepas tak mahu buat chambering tayar. Kan dah kena!
So akibat dari tragedi ini, gua terpaksa la keluar duit yang agak banyak jugak bilangannya bagi golongan orang kebanyakan macam gua ni. Cis, kensellah angkat seat Recaro macam ni!!! Takpa, janji boleh racing. Dinner makan burger pun gua takdahal dah.
Wei Bob! Cepat sikit siapkan wiring Eterna lu tuh! Gua tak sabar nak racing ngan tayar baru ni! Camera D200 ngan D80 tarok tepi, deal?
p/s: Bulan ni perbelanjaan makan minum gua akan dikurangkan 50% jadi sapa-sapa ngengada nak mintak belanja minum or open table akan mendapat penampar dalam kadar yang seberapa segera, capiche?
By the way, gambar di atas boleh didapati secara meluas dalam pasaran entry gua yang akan datang. Jangan kaget, ini bukan cover album lah!